Pertandingan Kelantanku Bersih 2021

Tarikh tutup : 31 Ogos 2021

Sempena Kempen KelantanKu Bersih yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, Bahagian Kerajaan Tempatan selaku urusetia di bawah Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan sedang mengadakan “Pertandingan KelantanKu Bersih 2021”.

Pertandingan ini adalah bertujuan untuk memupuk amalan kebersihan dikalangan masyarakat di Negeri Kelantan selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk menjadikan Kelantan sebuah negeri yang bersih, mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria serta mempromosikan amalan kebersihan dan menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama Pihak Berkuasa Tempatan dalam menjaga kebersihan persekitaran. Penyertaan daripada tuan-tuan dan puan-puan amat dialu-alukan.

Sila rujuk poster pertandingan atau scan QR code untuk syarat-syarat penyertaan dan maklumat lanjut.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started